bahasa
Saksikan fenomena semulajadi ais dan salji pada musim sejuk yang hanya terdapat disini.
Pusat penginapan seperti ryokan dan hotel yang terkenal dengan keunikan kolam air panasnya.
Tempat peranginan ski di Yamagata yang terkenal dengan timbunan saljinya.
Saksikan keindahan dan sejarah senibina tokong/kuil yang seakan-akan bersatu dengan keindahan gunung-ganang.
Rasai pengalaman menyusuri Sungai Mogami dengan menaiki bot dan nikmati keindahan 4 musim yang indah seperti drama TV Oshin.
Nikmati daging lembu wagyu yang berkualiti tinggi dari jenis Kurobe atau Yonezawa dan pelbagai makanan laut yang segar.
Tokong yang telah dibina sejak 860 tahun lalu dan kaya dengan sejarahnya tersendiri Senibinanya yang seakan-akan menjadi dinding gunung telah simbol bagi kawasan Tohoku Nikmatilah keindahan alam sekitar dengan menaiki lebih 800 anak tangga dan ginkyo yang berusia lebih 1000 tahun.
Salah satu daripada Dewasanzan yang berada di tengah tengah Sangaku Shinko Pagoda lima tingkat dan juga pohon cedar yang berusia 300 tahun telah didaftarkan sebagai salah satu khazanah Japan Ia juga telah diberi 3 bintang oleh Tour Guide Michelin Green Guide.
Salah satu daripada Dewasanzan yang berada di tengah tengah Sangaku Shinko Tokong Yuzenyama berada di Gunung Yuntoyama yang mempunyai ketinggian 1500m Tokong ini mempunyai satu batu yang besar yang megeluarkan mata air panas Dipercayai bahawa ini adalah tempat asalnya kepercayaan orang Jepun.
Dibina di kawasan Istana Yonezawa Menjadi tempat persemadian Panglima Perang Jepun yang terkenal iaitu Kenshin Uesugi Peninggalan mizuhiro yang menakjubkan pada masa lalu dan barisan pohon cedar mengiringi perjalanan ke dewan sembahyang utama. Menjadi pusat tumpuan pelancong kerana dikatakan tempat ini membawa tuah dari Ugasugi Kenshin
Dibina pada tahun 1916 oleh Majlis Daerah Yamagata dan Kerajaan persekutuan Mempunyai keunikan senibina bata merah dan sekarang lebih dikenali dengan senibina stail barat Dibuka kepada orang ramai untuk lawatan secara percuma.
Istana yang menakjubkan ini juga dikenali sebagai Istana Huzhou Menara istana ini telah dibina pada tahun 1982 Kawasan dalam istana ini telah diubah suai menjadi muzium barang bersejarah dan bahan pameran berubah mengikut musim.
Gabungan pokok yang diselubungi ais dan salji memberikan tempat ini gelaran raksasa salji Timbunan raksasa salji yang terjadi secara semulajadi ini memberikan satu pemandangan yang luar biasa Anda boleh berkunjung ke tempat ini menggunakan ropeway dan nikmati pemandangan yang menakjubkan ini.
Selain musim sejuk, anda juga dapat menikmati keindahan Zao dengan menaiki ropeway pada musim luruh Anda juga boleh menikmati berjalan ke kawasan ropeway Zao-Chuo sambil menikmati keindahan tasik dan hutan.
Dipilih sebagai tasik gunung berapi paling cantik di dunia Warna air tasik berubah menjadi warna hijau emerald mengikut cuaca memberikan pemandangan yang menakjubkan Diberi nama ini kerana bentuk tasik kelihatan seperti cerek.
Tempat terkenal seperti dalam drama TV ‘Oshin’ Menyusuri Sungai Mogami yang terkenal dengan menaiki bot sehingga ke lembah juga dipanggil sebagai lembah ‘Mogami Gorai’ Anda boleh saksikan pemandangan yang indah di lembah ini, berubah warna mengikut musim.
Nikmati pemandangan indah seluruh gunung apabila lebih 1000 pohon sakura berbunga Lebih menakjubkan di waktu malam apabila pelbagai lampu melimpahi kawasan itu Bunga sakura akan memenuhi sekitar Eboshiyama menjadikan kawasan ini terkenal sebagai pusat pelancongan.
Tempat popular bagi menikmati tarian dan masakan dari Maiko Sakata, yang tingkat kedua bangunan ini mewakili Sakata dari zaman Edo Tambahan lagi, terdapat pameran sejarah patung hina dan Yumeji Takehisa yang boleh dilihat di tempat ini.
Gudang penyimpanan beras yang dibina pada tahun 1893 dan pernah menjadi set pengambaran drama TV Oshin Menggunakan teknologi dari zaman dahulu menggunakan alam semulajadi bagi mengekalkan suhu rendah gudang Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong kerana sejarahnya dan senibinanya yang berusia lebih dari 150 tahun.
Yamagata juga terkenal dengan dagingnya iaitu 'Yonezawa Beef' , antara tiga nama daging lembu yang terbesar di Jepun selain 'Matsuzaka beef' and 'Kobe beef'. Dagingnya yang lembut bagaikan cair di mulut Jangan lupa untuk merasai keenakan stik, sukiyaki atau shabu-shabu disini.
Dengan ryokan yang mempunyai sejarah lebih seratus tahun, kami mempunyai resepi masakan tradidional Jepun yang pasti akan memukau anda Bermula dengan pembuka selera yang enak, dan sashimi yang segar dari laut, kami juga menghidangkan pelbagai hidangan daging.
Soba ialah makanan tradisional Jepun Gandum dikisar, diuli dan dipotong halus bagi menjadikannya soba Terdapat banyak kedai yang menjual soba yang enak dan setiap kedai mempunyai resepi mereka yang tersendiri.
Nabe adalah salah satu budaya Jepun yang unik dimana rakan dan keluarga berkumpul untuk makan masakan jenis rebusan terus dari periuk tembikar Resepi nabe mungkin berlainan di setiap daerah dan anda boleh merasai Imoni nabe yang terkenal di Yamagata.
Pembuatan arak Jepun yang dihasilkan dengan cara tradisional resepi turun temurun Arak Yamagata telah dipilih sebagai arak yang mempunyai kualiti no 1 di Jepun Mempunyai rasa dan aroma yang sedikit pekat.
Kolam air panas Zao telah ditemui sejak 1900 tahun yang lalu dan mempunyai sejarah terlama di kawasan Tohoku Menggabungkan keindahan alam semulajadi, kolam air panas dan pekan sekitarnya menjadikan tempat ini sebagai tempat popular di Jepun Zao Onsen menjadi pusat pelancongan kerana selain daripada kaya dengan timbunan salji untuk bermain ski, terdapat juga ryokan dan hotel dengan keunikan yang tersendiri.
Kumpulan Hotel Takamiya mengusahakan 6 buah pusat penginapan selain dari penginapan di Zao Onsen Susuri pemandangan indah di sungai Mogami, atau pergi ke Tsuruoka yang kaya dengan pelbagai makanan atau nikmati daging lembu berkualiti tinggi di Yonezawa.
Kumpulan hotel dan ryokan yang menguruskan 5 buah pusat penginapan di sekitar Zao Onsen Pilihan penginapan mengikut bajet dan keselesaan anda, antaranya ryokan yang berusia lebih 300 tahun, resort, hotel untuk tinggal dalam jangka masa lama dan sebagainya.